Gosip Artis Malaysia
Gosip Artis » Gosip Artis Malaysia » Tahniah! Atu Zero Selamat Bernikah Dengan Gadis Pilihan Hati
Berkongsi tarikh sama dengan pasangan Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Telah Selamat Diijabkabulkan, pelawak dari kumpulan Zero, Atu juga telah selamat bernikah dengan gadis pilihan hati dari Johor.
Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Bin Doli Sharif telah sah bergelar suami kepada Shafeeqa Johari dalam satu majlis yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Batu Pahat, Johor.
Menurut Atu, dia sudah berkenalan selama setahun dengan isterinya itu dan Atu mengambil keputusan untuk menghantar rombongan merisik pada hari raya tahun lalu. Atu memilih tarikh ini kerana cuti umum jadi memudahkan kawan-kawan turut serta dalam majlis pernikahannya.
“Alhamdulillah, kami berkenalan hampir setahun dan keluarga saya datang merisik pada Hari Raya tahun lalu. Kami bersetuju memilih tarikh 8 Februari kerana cuti Hari Raya Cina. Lagipun keluarga serta kawan-kawan boleh datang.”
Majlis resepsi belah pihak lelaki akan diadakan di Sabah pada tarikh yang belum ditetapkan lagi kerana menunggu rumah mereka siap sepenuhnya.
Tahniah diucapkan kepada Atu dan pasangan. Semoga masjid yang dibina ini akan kekal ke akhir hayat.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
- (Gambar) Majlis Resepsi Akim Ahmad Dan Stacy Yang Unik…MESTI TENGOK!
- Elizabeth Tan Kongsi Rasa Teruja Sambut Tahun Baru Cina!
- KECOH! Inilah Komen Miera Liyana Mengenai Tindakan ‘Berani Mati’ Afiq Muiz!!
246 total views, 246 views today
sebuah portal berita mulai dari berita Indonesia hingga dunia, gosip hot selebriti, resensi film dan musik, dan berbagai artikel menarik
via Situs Hiburan Terkeren
0 comments