Gosip Artis Malaysia
Gosip Artis » Gosip Artis Malaysia » Status Hubungan Afiq Muiz, Miera Leyana Akhirnya Terjawab!
Terdahulu Afiq Muiz pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Miera Leyana namun Afiq Muiz Enggan Jaja Kisah Peribadi memandangkan bimbang akan menimbulkan masalah di kelak hari.
Setelah lama membiarkan teka teki, Afiq Muiz akhirnya mengakui mengenai status hubungan cinta dengan aktres Miera Leyana. Pengakuan itu bertujuan kerana tidak mahu dituduh penipu merahsiakan hubungan rersebut.
Menurut Afiq atau nama sebenar, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 24, dia mula intim dengan pelakon Miera Leyana ketika menjalani penggambaran drama episod Memori Cinta Suraya yang ditayangkan di Astro tahun lalu.
“Saya tidak mahu orang benci dan tuduh saya penipu kerana sorok-sorok tentang hubungan kami. Orang ramai pun selalu nampak kami keluar bersama sambil pegang tangan, macam mana nak sorok lagi.
“Kami bercinta sejak penggambaran drama bersiri Memori Cinta Suraya tahun lalu, kira-kira lapan bulan lalu.”
Afiq berkata demikian bagi mengulas tentang ruangan pojok sebuah akhbar mingguan yang menganggap kenyataannya bercinta dengan Miera Leyana bercanggah apabila dinafikan oleh aktres berkenaan.
Menurut Afiq Muiz, dia sama sekali tidak berkecil hati dengan penafian Miera Leyana bahawa mereka menjalinkan hubungan istimewa kerana beliau yakin Miera Leyana punya alasan tersendiri.
“Saya tidak kecil hati kalau dia ingin menafikan hubungan tersebut kerana saya tahu dia ada sebab tertentu untuk berbuat demikian.
“Dia perlu menjaga banyak hati dan keluarga. Maklumlah kami hanya bercinta sahaja tiada ikatan yang sah pun dan takut juga jika ianya putus di tengah jalan,” ujarnya.
Tambah Afiq Muiz lagi, mereka belum mempunyai perancangan untuk ke fasa yang lebih serius dan hanya menyerahkan perkara tersebut kepada takdir yang menentukan.
“Kami masih muda dan belum fikir untuk bertunang atau berkahwin lagi. Bagi saya proses hubungan ini belum lagi sampai ke tahap tersebut.
“Saya pun belum jumpa keluarga dia dan mengenali dengan lebih rapat, Insya-Allah kalau ada jodoh adalah…,” ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain pula, Afiq Muiz kini sedang berehat selama sebulan dan akan memulakan penggambarana drama Mr Bos TV3 pada bulan Mac depan.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-
1) Menghitung Hari, Elly Mazlein Dedah Jantina Anak Bakal Lahir!
2) SWEET! Akim AF Dedah Sebab Pilih Cincin Lima Permata Untuk Stacy
3) Perubahan Mendadak Farah Asyikin Selepas Bercerai… WOWW Biar Betul?!
4) PANAS! Isteri Shah Iskandar Terpalit Skandal
297 total views, 297 views today
sebuah portal berita mulai dari berita Indonesia hingga dunia, gosip hot selebriti, resensi film dan musik, dan berbagai artikel menarik
via Situs Hiburan Terkeren
0 comments