Gosip Artis Malaysia
Gosip Artis » Gosip Artis Malaysia » SAYU! Mark Adam Dedah Punca Sebenar Tinggalkan Isteri
Sebak!! Meskipun mencintai isterinya sepenuh hati, namun Mark Adam terpaksa mengambil keputusan untuk meninggalkan isterinya itu kerana derita penyakit kanser yang ditanggung oleh beliau.
Artikel menarik:- Serah Soal Anak Kepada Rezeki – Mark Adam
Namun Penyanyi kelahiran Cebu, Filipina Mark Adam, 37, memohon agar peminat tidak cepat menghukum dirinya kerana kisah berkenaan hanyalah cerita rekaan untuk klip video single terbarunya yang berjudul Berat.
“Lagu Berat adalah taruhan terbaharu saya khas buat peminat. Single ini berbeza daripada lagu yang mempopularkan saya sebelum ini.
“Ia mengisahkan sepasang suami isteri terpaksa berpisah bukan kerana kehadiran orang ketiga atau sebagainya, sebaliknya akibat konflik yang lebih besar. Si suami menanggung derita penyakit kanser dan terpaksa melepaskan si isteri demi kebahagiaannya.
“Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh peminat terhadap lagu ciptaan DJ Fuzz itu sangat memberangsangkan. Video single terkini saya itu baharu saja dilancarkan sebentar tadi,” kata Mark atau Fikri Mark Adam kepada BH Online.
Mark Adam mula mengukir nama di Malaysia dengan beberapa lagu seperti Pencuri, Si Katak, Marry Me dan Senyum Lagi.
“Saya sebenarnya mengorak langkah sebagai penyanyi menerusi lagu berentak balada, namun tidak dinafikan irama rancak berjaya melonjakkan nama saya di arena seni.
“Diharapkan lagu Berat mendapat sambutan yang baik seperti mana lagu saya sebelum ini,” katanya.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-
1) SEBAK! Pelajar Meninggal Akibat Kemalangan, Kongsi Tweet Sebelum Ajal Jadi Viral
2) KISAH SAYU: Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak… Sangat Menginsafkan!!
775 total views, 775 views today
sebuah portal berita mulai dari berita Indonesia hingga dunia, gosip hot selebriti, resensi film dan musik, dan berbagai artikel menarik
via Situs Hiburan Terkeren
0 comments