http://www.joscasino.com/
 www.joscasino.com

KECOH! Inilah Punca Shah Rukh Khan Kempunan Beli Jet Peribadi Baru

Gosip Antarabangsa

Pelakon popular Hollywood, Shah Rukh Khan yang sebelum ini tampil dengan filem terbaru, Dilwale mendapat sambutan yang hangat dari seluruh dunia. Bahkan gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol membuktikan bahawa mereka sangat serasi berlakon bersama sejak dari awal kemunculannya pada awal dulu. Malah lagu tema Dilwale juga diadaptasi ke Bahasa Melayu mendapat Komen Shah Rukh Khan Yang Mengejutkan Ramai Orang.

Shah Rukh Khan 1

Namun, baru-baru ini kecoh apabila dikatakan Shah Rukh Khan kempunan untuk membeli jet persendirian baru kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi. Walaupun dia merupakan pelakon yang mendapat bayaran tertinggu namun menurut Shah Rukh Khan, duit yang ada digunakan untuk melabur dalam menghasilkan filem.

“Saya mahu membeli pesawat tapi tiada wang. Saya laburkan semua wang dalam filem. Saya benar-benar ingin mengembara menggunakan pesawat peribadi kerana banyak yang saya boleh lakukan. Satu hari saya akan pastikan saya ada wang mencukupi.”

Shah Rukh Khan 2

Bahkan beliau sering berdepan dengan dua situasi di mana dia terpaksa memilih antara membeli jet baru atau melabur dalam filem. Namun, pelakon yang kini berusia 50 tahun ini mengatakan secara terbuka mengenai kehidupan peribadinya malah turut menceritakan tentang kebimbangan terbesar dalam hidupnya.

“Saya ada banyak kebimbangan dalam hidup kerana apabila berada pada tahap ini, ada banyak perkara yang perlu anda lihat. Kebimbangan terbesar ialah kita perlu berbuat baik kepada semua orang, prihatin dan berfikir mengenai orang lain. Ada ketika saya cuma mahu katakan. Tidak, saya tidak mahu. Sesiapa tolong jaga saya.”

Shah Rukh Khan 3

Mungkin bukan rezeki Shah Rukh Khan lagi untuk memiliki jet peribadi yang baru. Apapun, kita tunggu dan lihat.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  1. Konflik Shah Rukh Khan Dan Deepika Padukone – PANAS!
  2. Kerana RM3 Juta, Shah Rukh Khan Diserang?
  3. Aryan Khan Jadi Perhatian, Bakal Ganti Shah Rukh Khan

110 total views, 110 views today



Powered By WizardRSS.com | Full Text RSS Feed



sebuah portal berita mulai dari berita Indonesia hingga dunia, gosip hot selebriti, resensi film dan musik, dan berbagai artikel menarik
via Situs Hiburan Terkeren
 www.joscasino.com