Gosip Artis Malaysia
Gosip Artis » Gosip Artis Malaysia » KECOH! Inilah Komen Miera Liyana Mengenai Tindakan ‘Berani Mati’ Afiq Muiz!!
Dalam kenyataan yang lepas, Afiq Muiz mengakui bahawa dia sedang bercinta dengan pelakon drama Memori Cinta Suraya, Miera Liyana. Namun, Miera Liyana Bidas Kenyataan Afiq Muiz Mengenai Status Mereka.
Bahkan, Miera rasa terkilan dengan tindakan Afiq itu dan masih tertanya-tanya kenapa Afiq bertindak sedemikian. Walaupun Miera mengakui dia tidak berasa marah atas tindakan tersebut tetapi dia tidak mahu perkara ini boleh mengelirukan orang ramai.
“Saya tidak tahu kenapa Afiq membuat kenyataan itu. Saya tidak marah jika dia meluahkan perasaan tetapi kenapa tidak terlebih dulu datang berbincang.”
“Saya sibuk menguruskan perniagaan dan perjalanan kerjaya seni juga semakin lancar. Kenapa perlu saya rosakkan semua itu dengan kontroversi murahan ini?”
“Saya tidak mahu disebabkan pengakuannya itu, banyak pihak keliru. Sebelum ini, saya begitu berhati-hati memberikan kenyataan kerana enggan hubungan baik kami disalahertikan.”
“Saya kesal kerana Afiq terlalu mengikut emosi dan tidak memikirkan kesan perbuatannya itu kepada orang lain.”
Dek kerana keakraban mereka sehingga mencetuskan tanda tanya ramai orang apabila ada ura-ura mengatakan bahawa mereka bercinta. Pengakuan Afiq baru-baru ini ibarat menjawab persoalan netizen selama ini namum Miera menafikan perkara tersebut.
Menurut Miera, kenyataan tersebut ibarat tidak menghormati perasannya dan keluarga. Namun, Afiq sudah meminta maaf dengan Miera tentang isu ini.
“Kenyataan Afiq seolah-olah tidak menghormati perasaan saya dan keluarga. Saya cuma anggap Afiq sebagai teman baik kerana sepanjang penggambaran drama itu kami selesa bersama. Memang saya menyayanginya tetapi hanya sebagai kawan, tidak lebih daripada itu.”
“Saya ada menghubungi Afiq untuk meminta penjelasannya mengenai perkara itu. Dia mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Saya sedia lupakan semua itu kerana masih sayangkan Afiq sebagai kawan.”
Walau apapun, perkara sudah terjadi. Malah, Afiq sendiri telah meminta maaf dengan Miera berkenaan isu ini. Eloklah kita lupakan perkara ini dan semoga Miera dan Afiq terus berkawan.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
- Miera Liyana Masih Solo!
- Miera Leyana Terkilan Masih Dipandang Negatif
- Miera Liyana Tepis Soal Cinta
422 total views, 422 views today
sebuah portal berita mulai dari berita Indonesia hingga dunia, gosip hot selebriti, resensi film dan musik, dan berbagai artikel menarik
via Situs Hiburan Terkeren
0 comments