http://www.joscasino.com/
 www.joscasino.com

Inilah Komen Eddie Tentang Perkahwinan Nabila Huda Bikin Orang Terkedu!!

Gosip Artis Malaysia

Bekas suami kepada pelakon Nabila Huda, Eddie atau nama sebenarnya Zaidi Zailani yang dulunya merupakan ahli kumpulan Tiga Swagger mengakui bahawa dia gembira dengan perkahwinan bekas isterinya itu.

Nabila Huda atau lebih manja dengan panggilan Abil telah selamat bernikah dengan pengurus restoran iaitu Mohd Izwan pada bulan Disember yang lalu. Malah, Majlis Resepsi Perkahwinan Nabila Huda Dan Mohd Izwan sangat meriah.

Eddie 2

Menurut Eddie, dia sangat bersyukur kerana Nabila sudah temui jodoh pilihan hatinya dan memilih seorang lelaki yang boleh menjaganya dan anak perempuan mereka iaitu Keisha Laila yang kini berusia enam tahun.

“Selepas saya menerima berita mengenai perkahwinan mereka, apa yang boleh saya katakan, saya tersangat gembira dan terharu. Saya benar-benar bersyukur kerana Nabila sudah menemui lelaki yang mampu menjaganya. Inilah juga apa yang saya mahukan selama ini.”

Walaupun mereka sudah berpisah, namun hubungan antara kedua-dua masih lagi baik. Malah, hubungan dengan suami Nabila juga baik. Eddie mengakui bahawa dia selalu mendoakan supaya Nabila temui jodoh yang sesuai dengannya.

“Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan inilah yang membuatkan saya sangat gembira. Inilah juga perkara yang diingininya.”

Eddie 1

Apabila ditanya mengenai jodohnya, Eddie mengatakan dia masih belum jumpa calon yang sesuai dan Eddie juga mengharapkan Nabila turut gembira jika dia temui penggantinya.

Terdahulu Eddie dan Nabila pernah berkahwin pada 6 Disember 2008 tetapi hubungan mereka terputus di tengah jalan dan mereka telah bercerai pada tahun 2011.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  1. Eddie Tiga Swagger Nafi Jalin Hubungan Dengan Elizabeth Tan!
  2. Komen Elizabeth Tan Mengenai Persembahan AJL30 Bikin Panas!!
  3. MENARIK! Gambar Erin Malek Berhijab Terlajak Memukau

477 total views, 477 views today



Powered By WizardRSS.com | Full Text RSS Feed



sebuah portal berita mulai dari berita Indonesia hingga dunia, gosip hot selebriti, resensi film dan musik, dan berbagai artikel menarik
via Situs Hiburan Terkeren
 www.joscasino.com